Pada 14 January
2017, Pusat Penyelidikan dan Konsultasi, Maktab Koperasi Malaysia telah mengadakan
satu sesi konsultasi bersama Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Kajang bertempat di Hotel Oriental
Kristal, Kajang, pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang yang melibatkan 8
orang orang guru yang terdiri daripada 7 orang Anggota Lembaga Koperasi dan
seorang kakitangan koperasi. Sesi ini melibatkan tiga orang pegawai latihan
daripada Pusat Penyelidikan dan Konsultasi. Koperasi ini
mempunyai sebuah kedai koperasi yang bertempat di dalam kawasan sekolah .Pada masa akan datang koperasi
ini bercadang untuk menjadi “Perancang Majlis Sambutan Hari lahir”.

Pada sesi pertama, satu sesi perbincangan yang di
kelolakan oleh Dr Zurita Mohd Salleh
bagi mendapatkan maklumat atau info –info bagi membantu koperasi dalam
perancangan strategik koperasi. Seterusnya, sesi kedua dikelolakan oleh En
Asha’ari Arshad dalam memberikan maklumat serta bimbangan berkaitan pengurusan
dan pentadbiran koperasi. Seterusnya, perbincangan ini ditangguhkan pada
perjumpaan akan datang.
No comments:
Post a Comment