Pada 21-22 January
2017, Pusat Penyelidikan dan Konsultasi, Maktab Koperasi Malaysia telah mengadakan
satu sesi konsultasi bersama Koperasi KOGUMA
Berhad bertempat di The Aston Hotel, Nilai Negeri Sembilan. Wakil Koperasi yang
hadir adalah seramai 19 orang terdiri
daripada pengerusi, setiausaha, bendahari,
enam orang Anggota Lembaga
Koperasi, empat orang Juruaudit Dalaman, seorang pengurus dan lima orang pegawai tadbir. Sesi ini
melibatkan empat orang pegawai latihan daripada Pusat Penyelidikan dan
Konsultasi.
Koperasi ini
mempunyai 3,033 orang anggota yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan
kerajaan dan kakitangan koperasi KOGUMA yang berjawatan tetap. Koperasi terlibat
dalam aktiviti pinjaman yang terdiri daripada pinjaman pelancongan/umrah,
pinjaman ‘Back To school’, pembiayaan Bai’ Al-Inah, pinjaman tergempar,
pinjaman pay4all dan pelancongan. Tujuan perkhidmatan konsultasi ini diperlukan
bagi membantu koperasi dalam meningkatkan bilangan anggota koperasi dan
mendapat bimbingan berkaitan aktiviti perniagaan yang perlu diberi keutamaan.
Pada hari
pertama, sesi dimulakan dengan Mesyuarat
ALK dan pembentangan kertas kerja pelan transformasi KOGUMA yang melibatkan 19
orang anggota koperasi. Seterusnya, pada sesi malam program diteruskan dengan
taklimat pelan strategi yang dikelolakan oleh Dr Zurita Salleh. Seterusnya,
pada hari keesokkannya pada sebelah pagi
program diteruskan dengan menganalisis penyata kewangan koperasi yang
dikelolakan oleh Pn Rafedah Juhan. Seterusnya, pada sesi petang program
diteruskan lagi dengan perbincangan berkaitan pengurusan dan pentadbiran
koperasi yang dikelolakan En Asha’ari Arshad. Seterusnya, perbincangan ini
ditangguhkan pada perjumpaan akan datang.
No comments:
Post a Comment