Wednesday 30 November 2016

Konsultasi Koperasi Kakitangan UniKL MIAT Sepang Bhd (KOMIAT)

Pusat Penyelidikan dan Konsultasi MKM (CRC) telah mengadakan konsultasi di KOMIAT pada 13 April 2016.  Pada sesi pertama ini CRC telah diwakili oleh Puan Nasibah, Puan Ruzilah dan Puan Rosidah.  KOMIAT memohon bantuan dari segi perakaunan koperasi, pengurusan mesyuarat agung dan sistem keanggotaan.  Turutan daripada itu wakil KOMIAT telah datang ke MKM untuk mendapatkan penerangan dan latihan dalam bidang perakaunan koperasi.  Akhirnya masalah penyediaan penyata kewangan telah dapat diselesaikan dan mesyuarat agung KOMIAT akan diadakan pada bulan Disember 2016.

Manakala rekod keanggotaan pula KOMIAT menggunakan MS Excel dan dicadangkan supaya mempunyai sistem supaya mudah untuk pengemaskinian rekod anggota dan rekod modal syer. KOMIAT telah menyerahkan data anggota untuk dibangunkan sistem keanggotaan pada bulan Jun 2016.  Sistem tersebut telah selesai dibangunkan pada bulan Oktober 2016 dan penyerahan sistem telah dilakukan pada 29 November di pejabat koperasi. Penyerahan sistem telah dibuat oleh Dr. Zurita Mohd Salleh dan Puan Rosidah Rashdi wakil dari CRC dan diterima oleh Puan Safrina Bendahari KOMIAT dan Pengurus Koperasi.


KOMIAT menjalankan aktiviti kredit, sewaan kantin dan bekalan uniform serta buku kepada pelajar UniKL MIAT Sepang.

Berikut gambar semasa penyerahan sistem dan latihan kepada Pengurus Koperasi.





No comments:

Post a Comment