Tuesday 14 June 2016

Khidmat Nasihat dan Konsultasi - Koperasi Usahawan Binaan Selangor

Pada 14 Jun 2016  jam 10.00 pagi satu sesi khidmat nasihat dan konsultasi telah diadakan bersama Koperasi Usahawan Binaan Selangor di pejabat koperasi di Bukit Beruntung Rawang.  Koperasi yang fokus kepada aktiviti hartanah ini mempunyai seramai 50 orang anggota yang terdiri daripada usahawan negeri selangor.  Antara aktiviti yang sedang dijalankan oleh koperasi ialah bekalan bahan binaan, khidmat konsultan pembangunan hartanah, kontrakor dan latihan tentang sektor hartanah. Koperasi ini becadang untuk menjalankan program kerjasama dengan koperasi-koperasi yang mempunyai aktiviti hartanah.  Turut sama dalam perbncangan ialah Puan Maizidah Hasbullah (Pengurus Besar)
dan Encik Zul (ALK)

Bidang konsultasi yang diperlukan oleh koperasi ini ialah:

  • Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi - Tadbir urus koperasi, Undang-undang Kecil dan Aturan Aktiviti Koperasi
  • Pengurusan Perniagaan Koperasi - Promosi aktiviti koperasi
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Koperasi - Sistem keanggotaan 

No comments:

Post a Comment