Wednesday 20 July 2016

Khidmat Konsultasi Koperasi Kakitangan Majlis Daerah Maran Bhd

20 Julai 2016 - Khidmat Konsultasi telah dijalankan bersama dengan ALK Koperasi Kakitangan Majlis Daerah Maran Bhd bertempat di Maran Hill Golf Resort.  Koperasi yang dianggotai oleh kakitangan Majlis Daerah Maran ini menjalankan pelbagai aktiviti antaranya:

  • sewaan kedai
  • sewaan tapak bazar dan ekspo
  • sewaan buggy 
  • pengurusan Maran Hill Golf Resort


Koperasi bercadang untuk menjalankan aktiviti kredit dan beberapa aktiviti lain untuk menarik lebih ramai lagi kakitangan Majlis Daerah Maran untuk turut sama menjadi anggota koperasi.  Sehubungan itu Pusat Penyelidikan dan Konsultasi akan membantu koperasi ini untuk mengembangkan lagi aktivitinya di samping membantu dalam tadbir urus koperasi seperti penyediaan aturan setiap aktiviti, sistem keanggotaan dan penyediaan kertas kerja permohonan TMP untuk aktiviti kredit.

Jika memerlukan tempat untuk berehat atau menjalankan program seminar, kursus atau bengkel sambil menikmati alam semula jadi bolehlah menghubungi Koperasi Kakitangan Majlis Daerah Maran Bhd untuk membuat tempahan di Maran Hill Gold Resort.







No comments:

Post a Comment