Saturday 4 February 2017

KONSULTASI ``KOPERASI SMK CONVENT(M) KAJANG

Pada 14 January 2017, Pusat Penyelidikan dan Konsultasi, Maktab Koperasi Malaysia telah mengadakan satu sesi  konsultasi bersama Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Kajang bertempat di Hotel Oriental Kristal, Kajang, pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang yang melibatkan 8 orang orang guru yang terdiri daripada 7 orang Anggota Lembaga Koperasi dan seorang kakitangan koperasi. Sesi ini melibatkan tiga orang pegawai latihan daripada Pusat Penyelidikan dan Konsultasi. Koperasi ini mempunyai sebuah kedai koperasi yang bertempat di dalam kawasan sekolah .Pada masa akan datang koperasi ini bercadang untuk menjadi “Perancang Majlis Sambutan Hari lahir”.



Pada  sesi pertama, satu sesi perbincangan yang di kelolakan oleh Dr Zurita Mohd Salleh  bagi mendapatkan maklumat atau info –info bagi membantu koperasi dalam perancangan strategik koperasi. Seterusnya, sesi kedua dikelolakan oleh En Asha’ari Arshad dalam memberikan maklumat serta bimbangan berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi. Seterusnya, perbincangan ini ditangguhkan pada perjumpaan akan datang.

No comments:

Post a Comment