Saturday 4 February 2017

KONSULTASI`` KOPERASI KOGUMA BERHAD

Pada 21-22 January 2017, Pusat Penyelidikan dan Konsultasi, Maktab Koperasi Malaysia telah mengadakan satu sesi  konsultasi bersama Koperasi KOGUMA Berhad bertempat di The Aston Hotel, Nilai Negeri Sembilan. Wakil Koperasi yang hadir adalah seramai 19 orang  terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari,  enam orang  Anggota Lembaga Koperasi, empat orang Juruaudit Dalaman, seorang pengurus  dan lima orang pegawai tadbir. Sesi ini melibatkan empat orang pegawai latihan daripada Pusat Penyelidikan dan Konsultasi.

Koperasi ini mempunyai 3,033 orang anggota yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan kerajaan dan kakitangan koperasi KOGUMA yang berjawatan tetap. Koperasi terlibat dalam aktiviti pinjaman yang terdiri daripada pinjaman pelancongan/umrah, pinjaman ‘Back To school’, pembiayaan Bai’ Al-Inah, pinjaman tergempar, pinjaman pay4all dan pelancongan. Tujuan perkhidmatan konsultasi ini diperlukan bagi membantu koperasi dalam meningkatkan bilangan anggota koperasi dan mendapat bimbingan berkaitan aktiviti perniagaan yang perlu diberi keutamaan.



Pada hari pertama,  sesi dimulakan dengan Mesyuarat ALK dan pembentangan kertas kerja pelan transformasi KOGUMA yang melibatkan 19 orang anggota koperasi. Seterusnya, pada sesi malam program diteruskan dengan taklimat pelan strategi yang dikelolakan oleh Dr Zurita Salleh. Seterusnya, pada hari keesokkannya  pada sebelah pagi program diteruskan dengan menganalisis penyata kewangan koperasi yang dikelolakan oleh Pn Rafedah Juhan. Seterusnya, pada sesi petang program diteruskan lagi dengan perbincangan berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang dikelolakan En Asha’ari Arshad. Seterusnya, perbincangan ini ditangguhkan pada perjumpaan akan datang.

No comments:

Post a Comment